Assalamualaikum, pada entry kali ini saya mendedahkan kepada pembaca tentang video yang memberi pengajaran yang cukup bermakna buat kita khususnya bagi yang masih mempunyai ayah dalam hidup mereka. Saya tahu, pembaca sudah sinonim dengan video ini kerana ia merupakan iklan untuk menyambut hari raya aidilfitri. Namun begitu, saya memilih video ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai emosi dapat kita rasai. Iklan ini telah disiarkan sejak dari tahun 2006. Kisahnya bermula dengan ayah yang sakit dan terpaksa dijaga oleh anaknya.tetapi, anak dan menantu tidak melayan ayahnya dengan baik kerana mereka berpendapat bahawa si ayah selalu mengganggu keadaan dan membuatkan mereka sering berada dalam keadaan yang tidak selesa. Akhirnya, mereka meletakkan si ayah di luar ( jauh daripada tempat makan mereka) supaya tidak lagi mengganggu. Sehinggalah suatu hari, anak mereka menyedarkan mereka bahawa selama ini mereka telah memberi layanan yang buruk terhadap si ayah. Alangkah sedihnya melihat si ayah membuka alat pendengarannya kerana tidak sanggup mendengar rungutan daripada anak dan menantunya. Sedangkan jika kita lihat, mana-mana ayah di dunia ini
umpama !
bermaksud ,
Sayang anak kepada ibu bapanya hanyalah sepenggal iaitu ada hadnya. Apabila ibu bapa sudah tidak mempunyai apa-apa ataupun sudah tua, maka hilanglah sayang anak kepadanya. Sedangkan sayang ibu dan bapa kepada anaknya adalah sepanjang jalan atau tanpa batasan.
Maka, hormati dan sayangi ibu bapa anda. Sementara mereka masih ada, lakukan apa yang sepatutnya. Saya percaya apabila mereka sudah tiada kelak, barulah kita mengerti siapakah ibu dan bapa kita. Apa yang penting JANGAN kita lakukan kepada ibu bapa kita, nescaya esok anak kita akan melakukan perkara yang SAMA!!
| PERKONGSIAN |
No comments:
Post a Comment