copyright protected ^___^

Friday, 24 August 2012

Analisis Cerpen Hijrah Karina


Watak utama dalam cerpen yang bertajuk ‘Hijrah Karina’ ialah Karina atau Aisyah. Pembaca tidak akan keliru dengan jalan cerita kerana pada permulaan cerita, penulis telah memberi penerangan yang penuh tentang Karina atau Aisyah. Watak utama dalam cerita ini merupakan seorang muallaf iaitu baru memeluk agama Islam. Watak Karina atau Aisyah mengalami konflik yang rumit apabila dia berasa tersepit untuk memilih antara keluarga atau agama. Pelbagai emosi yang digabungkan oleh penulis. Salah satunya ialah perasaan takut, bimbang serta risau bercampur baur dalam diri Karina atau Aisyah digambarkan setelah dia memeluk agama Islam. Perasaan yang dialaminya lebih kepada situasi di mana dia menanti respon daripada keluarganya mengenai hal tersebut.

Namun begitu, perasaan yang dialami oleh watak utama berubah kepada emosi terkejut dan tertekan apabila dia dikhabarkan bahawa dia diterima masuk ke Yayasan Pendidikan Kristian Gereja Batak di Indonesia. Situasi tersebut dapat menggambarkan bahawa watak utama sedang berhadapan dengan masalah yang sangat berat. Bagi menyelesaikan konflik tersebut, Karina atau Aisyah telah meminta pendapat daripada kawan baiknya, Nurain. Watak utama yang digambarkan dalam cerita ini dapat mengawal emosinya dengan baik kerana dia telah menyelesaikan masalahnya dengan cara yang tepat. Sebagai seorang muslim, kita harus berbalik kepada Alllah SWT. Hal itulah yang telah dilakukan oleh watak utama dalam cerita ini.

Selain itu, dia juga belajar mengawal emosinya dengan meredhai perkara yang telah berlaku. Bahkan, Karina atau Aisyah juga berani berhadapan dengan risiko yang tinggi. Karina atau Aisyah sudah sedia maklum bahawa keluarganya tidak dapat menerima statusnya yang telah bergelar seorang muslim. Namun begitu, Karina atau Aisyah berani berhadapan dengan orang tuanya. Karina atau Aisyah begitu bijak berhadapan dengan situasi. Dengan penuh rasa sabar dan tabah, dia menghadapi segala dugaan dengan hati yang ikhlas. Tidak pernah sekali-kali terlintas di fikirannya untuk melakukan hal-hal negatif. Kebiasaanya, orang gemar mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Tetapi tidak bagi Karina atau Aisyah. Hikmah yang dia perolehi setelah berjaya menghadapi konflik tersebut, dia telah ditemukan dengan jodohnya. Ganjaran berganda diperolehi Karina atau Aisyah apabila dia dipertemukan kembali dengan orang tuanya setelah dia diijabkabulkan. Itulah ganjaran yang diperolehi Karina atau Aisyah berkat kesabarannya.


-FIZARA-

No comments:

Post a Comment