copyright protected ^___^

Monday, 16 July 2012

Model Kecerdasan Emosi oleh Goleman


Goleman menggunakan istilah seperti pengurusan perhubungan untuk kemahiran sosial. Rajah di bawah menunjukkan aliran kompetensi dan hubungan di antara satu.

Sendiri
-Kesedaran sendiri
-Penilaian sendiri
-Keyakinan sendiri


Emosi
-Empati
-Orentasi perkhidmatan
-Kesedaran organisasi


Pengurusan sendiri
-kawalan sendiri
-Penyesuaian
-Rajin
-Amanah
-Inisiatif
-Orientasi pencapaian


Pengurusan Hubungan 
-Kepimpinan
-Pengaruh
-Memperkembangan orang lain
-Pemangkin perubahan
-Komunikasi
-Pengurusan konflik
-Membina tali persahabatan
-Kerja berpasukan
-Kolaborasi

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi, Goleman membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi  diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Setelah  melalui  proses  pemantapan  dalam  kerangka  konseptualnya,  Goleman merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya mengikut masa yang sesuai. Empat dimenasi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran sendiri, pengurusan sendiri, kesedaran sosial  dan  kemahiran  sosial.  Dimensi  pertama  iaitu kesedaran  sendiri  merangkumi pengukuran terhadap kesedaran emosi sendiri, ketepatan penilaian sendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi kedua berkaitan dengan pengurusan sendiri iaitu mengandungi kawalan sendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan dengan kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan,  membantu  rakan,  kepimpinan,  pengaruh,  komunikasi,  pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan. Secara  keseluruhannya,  Goleman  juga  percaya  model  kecerdasan  emosi  yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut juga menjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanisme psikologi yang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment