copyright protected ^___^

Monday, 16 July 2012

FLORIA putrajaya :)

Assalamualaikum,

Untuk entry kali ini kita terjah tentang cerita di Floria yang diadakan di Putrajaya. Apa yang menarik di sana? Macam-macam ada di sana. Ada pameran landskap, bunga dan tidak ketinggalan terdapat juga pameran dan bengkel seni mini. Sebenarnya, itulah tujuan utama kami menjejakkan kaki ke Floria 2012. Lawatan tersebut diadakan untuk matapelajaran Seni Visual yang merupakan subjek elektif kami (Major Prasekolah). Apa yang boleh diperkatakan tentang karnival tersebut ialah menarik, seronok dan berfaedah. Bukan sahaja untuk kami, bakal guru malah baik untuk mengisi masa hujung minggu bersama keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang kami lakukan di sana. Khasnya, di pameran dan bengkel mini yang diadakan amat menarik minat kami untuk mencuba demonstrasi yang telah dijalankan. Antara aktiviti demonstrasi yang dijalankan ialah mencanting batik, membuat tulisan khat, mewarna menggunakan cat air, membuat wau dan pelbagai kraftangan. Lebih menarik lagi, pelukis-pelukis tanah air turut berada di sana untuk memeriahkan lagi karnival tersebut. Saya amat tertarik dengan demonstrasi yang dilakukan oleh salah seorang kartunis bagi majalah lawak Ujang. Beliau telah melukis karikatur wajah manusia dengan begitu bersahaja. Bukan mudah untuk melakukannya, hanya orang yang memiliki bakat tersebut sahaja boleh melakukannya dengan baik. Walaubagaimanapun, saya amat tertarik dengan demonstrasi yang beliau jalankan. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa karnival ini sangat berfaedah bagi semua golongan. Sama ada muda atau tua, baik lelaki mahupun wanita, semuanya sesuai menyertai akttiviti yang telah disediakan di Floria, Putrajaya. Dengar kata, Floria ini diadakan pada setiap tahun, jadi jangan lepaskan peluang untuk meyertai Floria 2013! See you then! ^___^Y


Jumpa lagi di Floria 2013 ^___^Y

No comments:

Post a Comment